Translate

(filem siri terbaru yang mendapat sambutan yang banyak walaupun tidak dimainkan di panggung)

Thursday

Pengiktirafan Anugerah Meletop Era

Anugerah Meletop Era iktiraf penggiat seni tanah air

20 Dis yang lalu– Astro telah memperkenalkan Anugerah Meletop Era yang bakal mengiktiraf penggiat seni hiburan tanah air yang merangkumi bidang muzik, radio, televisyen dan digital.
"Anugerah ini merupakan kolaborasi antara program Meletop dan radio ERA FM bagi mengangkat bakat dan kreativiti para selebriti yang banyak menyumbang dalam industri seni hiburan tempatan.
"Menerusi platform ini, orang ramai dapat menunjukkan sokongan mereka dengan menghantar undian bagi memilih calon-calon kegemaran untuk setiap kategori yang dipertandingkan," ujar Naib Presiden Bahagian GenNext Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin kepada mStar.
Anugerah Meletop Era akan menyaksikan sebanyak 16 kategori diperkenalkan menerusi anugerah ini antaranya Lagu Meletop, Penyanyi Meletop, Kumpulan Meletop, Program Radio Meletop, Penyampai Baru Radio Meletop, Filem Meletop dan Bintang Filem Meletop.
Turut diperkenalkan Program TV Meletop, Bintang TV Meletop, Bintang Siber Meletop, Couple Meletop, Artis Baru Meletop, Fesyen Meletop selain Artis Serantau Meletop.
Bagi pencalonan awal, pihak penganjur menyenaraikan nama 20 pencalonan bagi setiap kategori untuk membolehkan lima daripadanya tersenarai pada peringkat akhir.
Dalam pada itu, Nabil Ahmad, Neelofa dan Datuk AC Mizal telah dipilih untuk mengendalikan acara berprestij itu nanti.
Undian fasa pertama untuk memilih lima terbaik dibuka dengan cara undian secara dalam talian bermula 10 Disember 2013 hingga 10 Januari 201 dengan melayari laman www.meletop.com.my, www.facebook.com/mymeletop dan www.facebook.com/erafm.
Anugerah Meletop Era bakal berlangsung pada 8 Februari 2014 menerusi saluran Astro Ria, Maya HD dan Astro Hitz.

No comments:

Post a Comment

(sumber dari ternama yang hebat-hebat tak kira dari mana dan banyak memberikan informasi serta berita-berita hangat di seluruh dunia.. tak percaya,sila cuba lihatnya sendiri..benar atau tidak LOi!!!)