Translate

(filem siri terbaru yang mendapat sambutan yang banyak walaupun tidak dimainkan di panggung)

Saturday

Letupan kuat di Serian

Tiga kilang runtuh, seorang parah dan kawasan dalam radius 100 meter terjejas

SERIAN: Letupan kuat yang disangka gempa bumi mengakibatkan tiga kilang di Jalan Industri di sini runtuh sebelum terbakar, manakala lima bangunan lagi rosak teruk petang semalam.
Difahamkan, seramai 19 pekerja daripada ketiga-tiga kilang yang musnah dilaporkan terperangkap sebelum berjaya
diselamatkan oleh anggota bomba dan polis yang bergegas ke tempat kejadian dalam insiden yang berlaku sekitar jam 3 petang itu.

Bagaimanapun, sehingga berita ini ditulis semalam, hanya seorang sahaja pekerja lelaki dilaporkan parah dan dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut.
Menurut jurucakap bomba, insiden dipercayai berpunca daripada letupan gas sehingga menyebabkan gegaran kuat dan mengakibatkan struktur bangunan berkenaan runtuh lalu terbakar.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, kami dapati ada tiga mangsa terperangkap di dalam sebuah bangunan. Di tempat di mana letupan berlaku, kita dapati ada sebuah keluarga yang terdiri daripada lima orang iaitu seorang ibu bersama dua anak perempuan dan dua anak lelaki (juga terperangkap).

“Kami berjaya selamatkan kesemua mereka sebelum api mula merebak kerana kami memberi keutamaan untuk  menyelamatkan mereka ini terlebih dahulu,” katanya.

Tiga kilang yang musnah adalah kilang baja yang juga dijadikan tempat penyimpanan racun, sebuah bengkel dan tempat menjual kereta terpakai serta sebuah kilang aiskrim.

Tambahnya lagi, kesemua pekerja daripada beberapa kilang berdekatan juga telah diselamatkan.
“Selepas pemeriksaan oleh anggota dari unit HAZMAT, kita dapati terdapat kebocoran gas hidrogen sulfida dan kita telah mengarahkan orang awam keluar dari kawasan berdekatan,” katanya.

Menurutnya lagi, letupan kuat itu turut menjejaskan beberapa bangunan selain harta benda awam dalam lingkungan kira-kira 100 meter dari kilang tersebut.

“Letupan memang kuat dan menyebabkan kawasan yang terletak dalam radius 100 meter turut terjejas di mana  difahamkan terdapat cermin bangunan pecah, tiang tumbang dan sebagainya,” katanya.

Seramai 42 anggota dari Balai Bomba Serian, Tabuan Jaya dan Siburan bergegas ke tempat kejadian untuk operasi menyelamat dan memadam api.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu Dato Sri Michael Manyin Jawong bersama Ketua Polis Daerah Serian DSP Mohd Jamali Umi turut melawat tempat kejadian petang semalam.


Sumber: TheBorneoPost
(sumber dari ternama yang hebat-hebat tak kira dari mana dan banyak memberikan informasi serta berita-berita hangat di seluruh dunia.. tak percaya,sila cuba lihatnya sendiri..benar atau tidak LOi!!!)