Translate

(filem siri terbaru yang mendapat sambutan yang banyak walaupun tidak dimainkan di panggung)

Sunday

Bawa anak kandung buat maksiat di hotel Loi!!

Awal tahun lagi...dah buat maksiat..memang itu azam diaorang ker??  Kan lebih elok mulakan tahun baru dan hari baru dengan bacaan doa. Berkattt dunia dan akhirat. Atau mungkin mereka ni memang tak tau berdoa agaknya..yang ada dalam kepala otak hanya nafsu dan mau mengambil jalan pintas untuk buat duit. Bacalah kisah benar penangkapan individu-individu yang buat maksiat sempena menyambut Tahun Baru malam semalam.


GEORGETOWN - Sanggup seorang ibu membawa dua anaknya yang masih kecil ‘menemaninya’ melakukan maksiat.

Ibu yang berstatus isteri orang itu dicekup Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JAINPP) melalui Ops Ambang Maksiat 2014 di sebuah hotel apartmen di sini.

Melalui operasi yang bermula jam 2 pagi itu mendapati seorang lelaki dengan selamba berada di ruang tamu bilik hotel berkenaan sedangkan wanita berkenaan berada di dalam bilik tidur.

Lebih mengejutkan apabila penguatkuasa juga terjumpa dua kanak-kanak perempuan berusia tiga dan enam tahun di sebuah lagi bilik tidur.

Dalam nada selamba lelaki tersebut mengaku dia ditemani rakannya sedangkan selepas penguatkuasa membuat pemeriksaan wanita itu pula mengaku lelaki tersebut sebagai suaminya.

Jawapan yang berbeza itu akhirnya menyebabkan kegiatan maksiat mereka dapat dihidu JAINPP sehingga membuktikan kedua-dua mereka berstatus suami dan isteri orang lain.

No comments:

Post a Comment

(sumber dari ternama yang hebat-hebat tak kira dari mana dan banyak memberikan informasi serta berita-berita hangat di seluruh dunia.. tak percaya,sila cuba lihatnya sendiri..benar atau tidak LOi!!!)