Translate

(filem siri terbaru yang mendapat sambutan yang banyak walaupun tidak dimainkan di panggung)

Sunday

ULAR-ULAR HUP LOi!!!!!


Mungkin sebahagian dari anda pernah menemui ular sekurang2nya sekali seumur hidup, kalau tidak pun dah tengok kat zoo atau di TV…Jadi, apa itu ular? ular ialah reptilia bersisik, panjang dan tidak berkaki. Terdapat 141 spesis ular di malaysia..tapi hanya 37 spesis yang berbisa iaitu 16 spesis ular darat manakala 21 spesis ular laut.




Peminat ular dikenali sebagai ofiofilia, takut akan ular dikenali sebagai "ofidiofobia" (bahasa Inggeris: snakephobia). Pakar ular dikenali sebagai ahli ofiofilia (bahasa Inggeris: ophiologist).




Antara Jenis-Jenis ular yang berbahaya yang ditemui di Hutan Malaysia




1. Ular Kapak


1. Ular Kapak Bakau (Trimeresurus purpureomaculatus)


2. Ular Kapak Bodoh (Malayan Pit Viper) (Calloselasma rhodostoma)


3. Ular Kapak Gunung


4. Ular Kapak Hidung Pipeh


5. Ular Kapak Hijau


6. Ular Kapak Sumatra


7. Ular Kapak Tokong






2. Ular Katam


1. Ular Katam Belang


2. Ular Katam Kepala Merah


3. Ular Katam Tebu






3. Ular Sawa


1. Ular Sawa Darah /Batik






4. Ular Tedung


1. Ular Tedung Hitam


2. Ular Tedung Selar (Ophiophagus hannah)


3. Ular Tedung Senduk






5. Ular Laut (Anhydrina schistosa)








Ular berbisa & merbahaya yang lazim ditemui di Malaysia:Ular Katam Tebu






Ular Katam Krait
Sifat - Sifat Ular Katam ( dipanggil juga sbg katang ) -Jalur berulang ulang -bergerak perlahan -neurotoxic ( Menyerang Sistem Saraf ) -lazim ditemui di bahagian pantai dan sungai -Biasanya gigitan ular jenis ini tidak meninggalkan kesan kesalutan yang teruk. -Jangka masa kesakitan juga tidak berlarutan. -Tiada kesan bengkak atau perubahan warna kulit pada tempat gigitan. - Tanda gigitan seakan2 ular tedung 


Ular Tedur Selar




Ular Tedung Hitam


Sifat-Sifat Ular Tedung


-Warna Putih Keperang Perangan ( tedung selar ) warna hitam Bertompok putih di Tengkuk ( Tedung Hitam -Kepala yang mengembang seperti senduk ( pasal tu dipanggil Ular Senduk ) -Neurotoxic-toksik kepada saraf dan melibatkan komplikasi jantung -Ular tedung selar terkenal kerana sifatnya yang memakan ular lain. -Mengembangkan diri supaya kelihatan lebih besar -Mampu menyemburkan bisa -Boleh Berdiri separuh badannya


*king cobra-ular berbisa paling besar didunia


Ular Matahari


Ular Kapak Hijau

Ular Kapak Tokong


Sifat-Sifat Ular Kapak - Kepala yang besar dan berbentuk segitiga - Ada warna hijau, koko dan berbelang - Hematotoxic, toksik kepada darah -Mengakibatkan pendarahan pada rongga badan -Dikenali juga sebagai ular temu Bulan di kalangan orang asli ini kerana sifatnya yang gemarkan cahaya dan aktif pada waktu malam -lazim di kawasan penanaman, ladang getah dan hutan rendah,bahagian utara semenanjung 


Ular Air


Sifat - Sifat Ular Air


- Bentuk ekor yang leper - Kesemua ular laut adalah berbisa - Patukkan tidak menyebabkan rasa sakit keterlaluan - Mengakibatkan pereputan otot, air kencing bertukar menjadi hitam - Kesemua ditemui dilaut dan kadangkala berada di bahagian atas terumbu karang diatas air Jenis Toksin Ular • Toksin darah (Haemotoxins) – Merosakkan sel darah merah dan membunuh Tisu- tisu badan • Toksin saraf (Neurotoxins) – Merosakkan sistem saraf • Toksin jantung (Cardiotoxins) – Kerosakkan Jantung


Panduan dalam gambar ni boleh digunakan untuk mengetahui jenis ular berdasarkan corak patukan..perhatikan kedudukan dan bentuk taring




Langkah berjaga-jaga:



  • Selalunya ular tidak akan menyerang manusia, malah ular sebenarnya takut kepada manusia. Kebanyakan kes gigitan ular terjadi apabila ular terkejut, terpijak ataupun tempat kediamannya diganggu oleh manusia sama ada secara sengaja ataupun tidak. Oleh itu anda patut berjaga-jaga: Elakkan daripada cuba menangkap ular atau mengganggu ular.

  • Berhati-hati apabila bekerja di kawasan yang menjadi habitat ular seperti di kawasan sawah padi ataupun semak.

  • Jangan sekali-kali memasukkan, tangan atau kaki ke tempat yang mana dipercayai terdapat ular seperti di celah batu, di bawah tunggul kayu dan sebagainya, sekiranya perlu gunakan kayu terlebih dahulu.

  • Sekiranya nampak ular sedang tidur atau berehat, jangan mengusik atau mengejutkannya. la selalunya akan mematuk sekiranya diganggu.

  • Seandainya anda terserempak dengan ular, jangan cuba lari, tapi berhenti dan jangan bergerak, selalunya ular akan berlalu pergi. Petua ini juga berkesan ke atas ular laut, sekiranya anda bekerja di kawasem pantai atau muara sungai yang berair cetek.

  • Ular laut adalah tidak agresif, kebanyakan kejadian gigitan ular laut ialah apabila manusia mengganggu atau memegangnya secara kasar. Jika anda terserempak dengan sekumpulan ular laut, jangan menghampirinya kerana mungkin ketika itu musim mengawan dan kebanyakan ular amat agresif pada masa tersebut.

  • Pakai pakaian tebal seperti kasut kulit atau but separas lutut, sarung tangan, seluar panjang, baju lengan panjang dan topi ketika bekerja di kawasan yang menjadi habitat ular.

  • Kebanyakan ular berbisa keluar pada waktu malam yang panas, oleh itu berhati-hatilah apabila berjalan pada waktu malam. Jangan berjalan dalam gelap, bawalah lampu suluh dan sebagainya.

  • Semasa berkhemah, bersihkan sekeliling khemah daripada semak-samun, sampah-sarap ataupun batu-batu terlebih dahulu. Jangan sekali-kali tidur di luar khemah. Kehangatan badan anda akan menarik perhatian ular terutama jenis ular kapak. Buang atau tanam makanan yang tidak habis jauh dari kawasan perkhemahan, kerana makanan yang bersepah akan menarik perhatian tikus dan seterusnya menarik perhatian ular.


Jika anda digigit ular:



  • Cuba bunuh ular tersebut kerana ia penting, bagi tujuan mengenal pasti antivenin bagi bisa ular tersebut. Ini adalah bagi mengelakkan daripada kesilapan menyuntik antivenin yang salah, ia tidak hanya sia-sia malah juga boleh membahayakan nyawa si mangsa.

  • Tetapi jangan membuang terlalu banyak masa untuk membunuh ular itu kerana rawatan awal kepada mangsa adalah lebih penting. Di samping itu amat dikhuatiri ketika sibuk membunuh ular itu ia mungkin akan digigit sekali lagi.

  • Untuk membunuh ular, gunakan kayu panjang, jika boleh gunakan buluh. Pukul dengan kuat di bahagian belakang kepala ular tersebut tetapi seboleh-bolehnya jangan hancurkan kepalanya kerana ular juga boleh dikenal pasti dari bentuk kepalanya. Sekiranya percubaan membunuh ular tersebut tidak berjaya, mencukupi jika anda dapat mengingati saiz dan corak warna ular tersebut.

  • Walaupun ular tersebut telah mati, anda haruslah berhati-hati ketika memegangnya. Jangan cuba mengusik kawan atau bermain-main dengannya kerana berkemungkinan ular tersebut masih hidup.

  • Walaupun ular tersebut telah mati, bisanya masih boleh membahayakan sekiranya tersuntik ke tubuh sehingga 1 jam setelah ular tersebut mati.

  • Jangan cuba menyedut bisa ular, ini kerana bisa ular pasti boleh menyerap kedalam tisu mulu anda dan masuk ke ruang peredaran darah, mulut adalah anggota yang terdekat dengan otak!

  • Untuk Ular berbisa anda boleh ikhtiar untuk mengikat diatas bahagian yang terkena gigitan, ia akan dapat membantu melambatkan Bisa dari menular

  • Antivenin adalah spesifik kepada sesuatu jenis ular. Jika tersilap memberikan antivenin ia boleh membawa maut. Terdapat sejenis antivenin yang dipanggil antivenin Polivalent yang mana ia boleh digunakan untuk merawat semua jenis bisa gigitan ular.

  • Nota: Antivenin adalah dadah yang diproses khas dari bisa ular yang boleh digunakan sebagai antidot kepada gigitan ular.

Fakta Tentang Ular


MAKLUMAT 1: Ular tidak pernah mengerdipkan matanya, kerana ular tidak punya kelopak mata.


Hal ini menjadikan penglihatan ular cukup tajam. Penglihatannya tidak dapat dilekakan. (Dalam pembelajaran seni tempur dan beladiri, ada guru-guru berpesan supaya kita menyerang lawan ketika lawan mengerdipkan mata. Walaupun kerdipan itu menutup pandangan lawan sekadar tidak sampai satu saat, tetapi peluang itu sangat berharga untuk mengelirukan serangan. Jika lawan tak serang-serang juga, alamatnya kita kenalah jegilkan biji mata sepanjang pertembungan itu. Ataupun pakailah cermin mata hitam agar lawan tidak perasan waktu kita mengerdipkan kelopak mata). Namun begitu, ada ular yang penglihatannya jadi kabur ketika ia marah. Nampaknya kita tidaklah perlu risaukan sangat ular yang sedang terbuka matanya kerana mungkin ketika itu ia sedang lena dibuai mimpi. Tapi jangan lupa, ular begitu sensitif terhadap pergerakan di alam sekelilingnya.


MAKLUMAT 2: Ular tidak punya telinga.


Ia mengesan bunyi melalui getaran tanah. Beruntungnya kita manusia punya kelopak mata untuk tidur lena, menyelamatkan mata daripada dimasuki benda-benda kecil, mengelakkan kepedihan, menenangkan fikiran dan lain-lain. Beruntungnya kita kerana punya telinga untuk mendengar, untuk diambil pahala ketika bersuci, untuk dijadikan tapak kepada anting-anting dan sebagainya. Pernahkah kita bersyukur?


MAKLUMAT 3: Ular menelan, tidak mengunyah.


Apalah lazatnya terus menelan tanpa mengunyah seperti ular dan buaya? Untung kan jadi manusia? Cuma salah satu kebaikannya ialah menjimatkan masa. Tapi jangan kita pula makan seperti ular, nanti perut tidak cukup kuat untuk menghadamkan makanan. Datang pula penyakit lain.


MAKLUMAT 4: Ular mengesan bau menggunakan lidah.


hebatnya ciptaan tuhan! Patutlah lidahnya terjelir ke sana sini. Perlakuan ini juga jangan kita tiru, nanti dikata tidak siuman kerana asyik terjelir-jelir.


MAKLUMAT 5: Terdapat 2700 jenis ular dalam 30 rumpun keluarga. Besar juga keluarga ular ni.


MAKLUMAT 6: Badan ular tidak basah dan tidak berlendir sebagaimana yang mata kita sangkakan.


Kulitnya kering dan sejuk. Saya pernah memegang ular tetapi tidak terperasan pun akan hal ini. Memang betul kulit ular nampak macam basah, berlendir, berkilat dan segar tetapi hakikatnya tidak. Banyak lagi kejadian alam ini yang membuatkan mata kita tertipu. Kalau belut memang licin, basah dan berlendir.


MAKLUMAT 7: Ular bersalin kulit mulai dari kepala.


Maka ular tidak perlu risau tentang jerawat, jeragat, panau, kayap, kurap, kedut dan lain-lain seperti manusia. Jimat duit. Tak perlu juga buat pembedahan ataupun suntikan.


MAKLUMAT 8: Ular terberat di dunia ialah dari jenis anaconda. Tapi tidaklah seberat anaconda dalam filem.


MAKLUMAT 9: Ular senduk boleh terus mematuk sebaik-baik sahaja menetas.


Ini baru betul dikatakan “kecil-kecil cili berapi”.


MAKLUMAT 10: Ular orok-orok (rattles) melahirkan anak, tidak bertelur.


Ular jenis ini antara yang terbisa. Kelebihan yang Tuhan beri kepadanya ialah mampu membidankan diri sendiri.


MAKLUMAT 11: Setiap kali ular orok-orok bersalin kulit, gelang baru akan tumbuh di ekornya.


Gegelang ini terkenal kerana goncangan dan bunyi gemersiknya. Kejadiannya sama seperti kuku manusia.


MAKLUMAT 12: Pakar ular dinamakan herpetologi/ophiologist.


MAKLUMAT 13: Ular terkecil di dunia ialah ular benang di Hindia Barat.


Jika karbon sebatang pensel dikeluarkan, ular benang boleh masuk ke dalam lubang pensel itu.


MAKLUMAT 14: Larian manusia adalah lebih laju daripada ular.


Kelajuan ular hanya sepantas manusia berjalan. Oleh kerana ketakutan, kita menyangkakan ular yang mengejar lebih laju daripada kita.


• (14 maklumat di atas terdapat dalam buku bertajuk :Ketakjuban Ular” oleh Alexandra Parsons, diterjemahkan oleh Grace Lau, Vinpress Sdn Bhd 1997)


Walaupun ular juga di buat peliharaan tetapi ingat tempatnya bukan bersama kita 'wild animal for wildlife areas ' Jangan tiru aksi ini !!!!!




Sumber dari National Poison Centre USM, Utusan Malaysia dan Pengalaman Penulis Sendiri LOi!!!!

No comments:

Post a Comment

(sumber dari ternama yang hebat-hebat tak kira dari mana dan banyak memberikan informasi serta berita-berita hangat di seluruh dunia.. tak percaya,sila cuba lihatnya sendiri..benar atau tidak LOi!!!)