Translate

(filem siri terbaru yang mendapat sambutan yang banyak walaupun tidak dimainkan di panggung)

Sunday

ReadyBoost melajukan PC LOi!!!!


ReadyBoost
    
           Cara yang paling mudah dan senang untuk melajukan pc anda adalah dengan menambahkan RAM ( Random Acsess Memory). Tapi bagaimana jika anda tiada kos untuk membeli RAM dan tidak tahu memasang RAM tersebut? 

            Kini terdapat banyak cara untuk anda lajukan komputer anda antara cara-caranya ialah dengan  mengunakan ‘ReadyBoost’, cara ini Cuma boleh digunakan bagi komputer yang mengunakan OS ( Operating System) Window vista dan Window 7.

            Anda cuma memerlukan pemacu memori USB (Universal Serial Bus) dan USB port (USB 2.0). walaupun ciri ini tidak boleh menandingi RAM, sekurang-kurangnya komputer anda dapat prestasi yang baik serta laju apabila mengunakan ‘ReadyBoost’.

Untuk mengunakan ‘ ReadyBoost’ anda memerlukan:- 
     1.      Pemacu memori USB
   2.       USB port 2.0 yang terdapat pada komputer pada masa kini.
  

Cara-cara mengunakan ‘ReadyBoost’:-)

Langkah pertama



Doraemon
  •          Masukkan pemacu memori USB anda pada USB port 2.0 komputer anda.

Langkah kedua




Autoplay
  •               Secara automatik sistem OS ( Window Vista atau Window 7) akan mengesan dan memeriksa pemacu memori USB anda ( autoplay), samaada pemacu memori USB anda boleh digunakan atau tidak untuk ‘ReadyBoost’.
  •         Klik pada “Speed up my system” seperti yang anda lihat pada gambar.

Langkah ketiga

Properties

    Sistem OS anda akan memaparkan seperti dalam gambar. Klik pada “ Use this device” dan pilih berapa banyak ruangan amaun yang anda ingin gunakan untuk ‘ ReadyBoost’. Gunakan sebanyak mungkin ruang yang anda ingin gunakan dan akhir sekali klik pada ‘OK’. Mudah bukan? Selamat mencuba.

Nota: Jika anda mencabut pemacu memori USB dari komputer anda ' ReadyBoost' akan secara automatik dimatikan. Fail yang tersimpan dalam pemacu memori USB anda tidak akan hilang. Gunakan pemacu memori USB yang sudah diformat bagi mengunakan ciri ini ( ReadyBoost) LOi!!!!.

No comments:

Post a Comment

(sumber dari ternama yang hebat-hebat tak kira dari mana dan banyak memberikan informasi serta berita-berita hangat di seluruh dunia.. tak percaya,sila cuba lihatnya sendiri..benar atau tidak LOi!!!)