Translate

(filem siri terbaru yang mendapat sambutan yang banyak walaupun tidak dimainkan di panggung)

Sunday

nenek kuat!!! belasah-buaya-dengan-selamba LOi!!!!!

n_luayoh


Kekuatan bukan bergantung kepada usia. Itulah yang berlaku kepada seorang Nenek yang berumur 74 tahun apabila dia memukul seekor buaya yang mahu menjadikannya makan amalam buaya tersebut. Kerana sakit di bahagian mata, Buaya itu mengaku kalah dan melepaskan kaki nenek ini yang digigitnya LOi!!!!.



KOTA BELUD – Tindakan berani seorang wanita warga emas memukul kepala seekor buaya menggunakan tongkat kayu menyelamatkan dirinya daripada dibaham reptilia ganas itu dalam kejadian di Kampung Tempasuk Dua, di sini.


Dalam kejadian jam 5 petang Selasa lalu, Luayoh Kindurus, 74, dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai mengerjakan sawah sebelum kaki kirinya tiba-tiba disambar buaya, ketika melalui titi kayu untuk menyeberang parit selebar satu meter.


“Ketika melangkahkan kaki di atas titi kayu itu, tiba-tiba kaki kiri saya disambar buaya.


“Saya tidak panik sebaliknya cuba lawan buaya itu dengan memukul kepala reptilia ganas berkenaan menggunakan tongkat kayu.


“Pukulan itu mengenai mata buaya itu, menyebabkan ia melepaskan kaki saya,” katanya ketika ditemui menerima rawatan, di Hospital Kota Belud, di sini, semalam. (Harian Metro)

No comments:

Post a Comment

(sumber dari ternama yang hebat-hebat tak kira dari mana dan banyak memberikan informasi serta berita-berita hangat di seluruh dunia.. tak percaya,sila cuba lihatnya sendiri..benar atau tidak LOi!!!)