Translate

(filem siri terbaru yang mendapat sambutan yang banyak walaupun tidak dimainkan di panggung)

Tuesday

Jenis-Jenis Sihir Dan Bagaimana Untuk Anda Mengenalinya? LOi!!!!



Sihir adalah salah satu dari jenis gangguan yang cukup popular yang mana ianya terjadi disebabkan oleh persepakatan diantara orang yang ingin menyihir, tukang sihir dan jin yang ditugaskan menyihir.

Tetapi tahukah anda bahawa ada sembilan jenis sihir yang kebiasaannya digunakan oleh sipenyihir untuk membinasakan musuh-musuhnya. Jadi bagaimana pula anda dapat mengenali sembilan jenis sihir ini? Anda akan ketahuinya selepas membaca artikel ini.


1) Sihir pemisahan suami isteri

Tentang sihir ini Allah s.w.t ada menjelaskan di dalam al-Quran. Anda boleh temui ayat tentang sihir ini di dalam surah al-Baqarah, ayat 102:
وَٱتَّبَعُواْ مَا تَتۡلُواْ ٱلشَّيَـٰطِينُ عَلَىٰ مُلۡكِ سُلَيۡمَـٰنَ‌ۖ وَمَا ڪَفَرَ سُلَيۡمَـٰنُ وَلَـٰكِنَّ ٱلشَّيَـٰطِينَ كَفَرُواْ يُعَلِّمُونَ ٱلنَّاسَ ٱلسِّحۡرَ وَمَآ أُنزِلَ عَلَى ٱلۡمَلَڪَيۡنِ بِبَابِلَ هَـٰرُوتَ وَمَـٰرُوتَ‌ۚ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنۡ أَحَدٍ حَتَّىٰ يَقُولَآ إِنَّمَا نَحۡنُ فِتۡنَةٌ۬ فَلَا تَكۡفُرۡ‌ۖ فَيَتَعَلَّمُونَ مِنۡهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِۦ بَيۡنَ ٱلۡمَرۡءِ وَزَوۡجِهِۦ‌ۚ وَمَا هُم بِضَآرِّينَ بِهِۦ مِنۡ أَحَدٍ إِلَّا بِإِذۡنِ ٱللَّهِ‌ۚ وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمۡ وَلَا يَنفَعُهُمۡ‌ۚ وَلَقَدۡ عَلِمُواْ لَمَنِ ٱشۡتَرَٮٰهُ مَا لَهُ ۥ فِى ٱلۡأَخِرَةِ مِنۡ خَلَـٰقٍ۬‌ۚ وَلَبِئۡسَ مَا شَرَوۡاْ بِهِۦۤ أَنفُسَهُمۡ‌ۚ لَوۡ ڪَانُواْ يَعۡلَمُونَ
Maksudnya; "Mereka (membelakangkan kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua Malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon) sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan(untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya). Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudharat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberikan manfaat kepada mereka dan demi sesungguhnya mereka (kaum yahudi itu) mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka , kalaulah mereka mengetahui" - (surah al-Baqarah, ayat 102)

Diantara tanda-tanda yang menunjukkan anda disihir dengan sihir jenis ini ialah:
  1. Perubahan perasaan daripada sayang kepada benci yang berlaku secara tiba-tiba.
  2. Berlaku keraguan antara suami isteri.
  3. Enggan meminta maaf sekiranya berlaku pergaduhan atau salah faham.
  4. Membesar-besarkan perselisahan faham yang berlaku walaupun punca berlakunya hanya disebabkan perkara kecil.
  5. Pandangan yang buruk suami terhadap isteri dan begitu juga sebaliknya. Sisuami akan melihat isterinya  sangat hodoh walaupun pada pandangan orang lain isterinya sangan cantik. Dan begitulah juga yang berlaku pada pandangan isteri terhadap suaminya. Boleh dikatakan mereka yang terkena sihir pemisah ini akan merasa benci terhadap apa sahaja yang dilakukan oleh pasangannya. Dan yang peliknya sekiranya pasangan berada di luar rumah, perasaannya seperti biasa, tetapi apabila di dalam rumah, tiba-tiba akan menjadi sangat benci.
2) Guna-guna (sihir percintaan)

Sihir ini kebiasaannya digunakan apabila seseorang itu tidak dapat menawan hati seseorang yang dicintainya. Sihir ini juga kebiasaannya dilakukan oleh isteri terhadap suaminya bertujuan untuk menjadikan suaminya tunduk hanya kepada dirinya sahaja.

Diantara tanda-tanda mereka yang terkena sihir percintaan ialah:
  1. Gelora cinta yang membuak-buak atau keterlaluan.
  2. Sukar mengawal perasaan cintanya.
  3. Menjadi rindu kepada seseorang (selalunya sipenyihir) dengan keterlaluan.
  4. Patuh secara membuta tuli.
3) Sihir Pandangan (Hipnotis)

Sihir ini dilakukan atas pelbagai tujuan contohnya untuk menimbulkan perasaan takut terhadap musuh. Contohnya dalam peristiwa Nabi Musa dan ahli tukang sihir Firaun. Sihir itu menjadikan tongkat berubah kepada bentuk ular dalam pandangan Nabi Musa.

Tanda-tanda mereka yang terkena sihir pandangan ini ialah:
  1. Mereka akan melihat sesuatu benda sedang bergerak walaupun hakikatnya benda tersebut sedang diam dan begitulah sebaliknya.
  2. Melihat sesuatu yang kecil menjadi besar dan sebaliknya.
  3. Melihat sesuatu tidak sebagaimana yang sepatutnya. Contohnya Nabi Musa melihat tali dan tongkat menjadi ular dan menuju ke arah baginda.
4) Sihir menjadikan orang gila

Tanda-tanda yang menunjukkan mungkin anda telah menjadi mangsa sihir ini ialah:
  1. Anda menjadi seperti bingung, bodoh dan pelupa.
  2. Cakap merepek.
  3. Mata menjadi layu.
  4. Tidak tenang apabila duduk setempat. Sentiasa merasa resah dan bergerak ke sana sini.
  5. Tidak mampu untuk meneruskan sesuatu pekerjaan.
  6. Pakaian selekeh dan tidak menghiraukan penampilan diri.
  7. berjalan tidak tentu arah dan tiada matlamat. Kadang-kadang anda suka tidur di tempat yang sunyi.
5) Sihir menjadikan orang tidak bermaya

Tanda-tanda yang menunjukkan anda menjadi mangsa sihir ini ialah:
  1. Suka berseorangan.
  2. Menutup diri sepenuhnya.
  3. Diam berterusan.
  4. Tidak suka bertemu orang.
  5. Fikiran sentiasa melayang.
  6. Selalu pening.
  7. Lesu dan tidak bermaya.
6) Sihir panggilan

Sihir ini akan menjadikan anda seperti terdengar seseorang memanggil atau membisikkan sesuatu. Tanda-tandanya ialah:
  1. Selalu mengalami mimpi ngeri.
  2. Bermimpi mendengar ada suara-suara yang bercakap kepada anda dalam keadaan jaga tetapi tidak melihat orangnya.
  3. Selalu was-was.
  4. Sentiasa merasa ragu kepada rakan dan orang yang dicintainya.
  5. Mimpi seolah-olah anda jatuh dari tempat yang tinggi.
  6. Mimpi melihat haiwan mengejarnya.
7) Sihir membuat penyakit

Sihir ini mampu untuk menjadikan anda menderita mengalami penyakit tertentu. Contohnya anda disihir untuk menjadi lumpuh, serta-merta anda akan menjadi lumpuh. Apabila dibawa ke hospital doktor sendiri akan menjadi bingung kerana tidak menjumpai punca yang menyebabkan anda lumpuh.

Tanda-tanda anda terkena sihir ini ialah:
  1. Selalu merasa sakit pada anggota badan.
  2. Saraf tersumbat.
  3. Lumpuh pada salah satu anggota badan.
  4. Lumpuh secara menyeluruh.
  5. Salah satu pancaindera tidak dapat berfungsi.
8) Sihir pendarahan

Kebiasaannya sihir ini berlaku dikalangan wanita. Cara tukang sihir melakukannya ialah dengan menghantar seekor jin kepada anda dan jin tersebut bertugas untuk masuk ke dalam tubuh badan anda dan akan berjalan di dalam urat darah bersama-sama dengan darah.

Sekiranya jin tadi sampai ke otot rahim anda, jin itu akan mengoyakkan rahim anda sehingga mengeluarkan darah.

9) Sihir menahan pernikahan

Mendegar namanya sahaja kita sudah tahu bahawa sihir ini dihantar bertujuan untuk menghalang jodoh anda. Faktornya boleh didorong oleh beberapa sebab, contohnya kerana anda menolak lamaran seseorang dan menimbulkan permusuhan dan dendam di hatinya.

Cara sihir ini dihantar kepada anda ialah tukang sihir akan menghantar satu atau beberapa ekor jin supaya mendekati anda hingga dapat masuk ke dalam tubuh anda. Jin ini akan berhasil memasuki tubuh anda apabila anda berada dalam salah satu keadaan berikut:
  1. Takut yang bersangatan.
  2. Marah yang tidak terkawal.
  3. Lalai berlebihan.
  4. Di puncak gelora nafsu syahwat.
Jin yang berada dalam tubuh anda akan melakukan dua dari perkara tersebut:

1) Masuk ke dalam tubuh anda dan menyebabkan anda merasa benci kepada setiap calon suami yang mengemukakan lamaran. 

2) Atau jin tersebut tidak boleh masuk lalu menyihir dengan cara 'menipu penglihatan'  silelaki bahawa wanita tersebut berwajah buruk kemudian membisikkan perkara ini kepadanya, dan hal yang sama juga dilakukannya kepada wanita tersebut. 

Kemudian setiap lelaki yang telah mengemukakan lamaran tidak mahu menerimanya sekalipun pada awalnya telah bersetuju, akibat bisikan syaitan kepadanya.

Tanda-tanda sihir menahan pernikahan:
  1. Pening kepala yang berterusan, tidak berhenti sekalipun diberi ubat doktor. 
  2. Sesak di dada terutama setelah asar hingga tengah malam. 
  3. Melihat pelamar bermuka hodoh. 
  4. Banyak berfikir (fikiran melayang).
  5. Selalu gelisah waktu tidur.
  6. Selalu rasa sakit di perut.
  7. Rasa sakit di tulang punggung bahagian bawah.
Baiklah pembaca sekalian, saya harap artikel ini memberikan manfaat dan dapat menambahkan pengetahuan. InsyaAllah dalam artikel akan datang saya akan menulis pula artikel tentang kebolehan manusia melihat jin LOi!!!!.

No comments:

Post a Comment

(sumber dari ternama yang hebat-hebat tak kira dari mana dan banyak memberikan informasi serta berita-berita hangat di seluruh dunia.. tak percaya,sila cuba lihatnya sendiri..benar atau tidak LOi!!!)