Translate

(filem siri terbaru yang mendapat sambutan yang banyak walaupun tidak dimainkan di panggung)

Sunday

Askar Didakwa Cabul Dan Raba Kemaluan Tahanan Wanita LOi!!!!





KAHERAH: Kumpulan hak asasi dan penunjuk perasaan wanita kelmarin menuduh pasukan tentera Mesir dan pihak berkuasa penjara melakukan pencabulan seksual termasuk memeriksa kemaluan mereka selepas ditahan kerana terbabit dalam demonstrasi baru-baru ini.

Tuduhan terbaru itu menambah ketegangan dalam kempen pemilihan Presiden Mesir yang bakal diadakan dua minggu lagi.

Berpuluh-puluh wanita antara 300 penunjuk perasaan yang ditahan berikutan protes di luar Kementerian Pertahanan di sini, minggu lalu.

Dalam pertuduhan yang membawa ingatan kepada pencabulan sama ketika protes terdahulu, seorang aktivis hak asasi, Aida Seif al-Dawla, berkata pengawal penjara wanita mencabul beberapa tahanan wanita dengan memeriksa kemaluan atas alasan mencari dadah.

“Ini pencabulan seksual. Wanita itu cedera fizikal dan emosi,” katanya.

Sesetengah tahanan wanita yang dibebaskan berkata, mereka didera secara lisan dan seksual oleh pasukan tentera selepas ditahan.

Seorang bekas tahanan, Aya Kamal, memberitahu Jawatankuasa Hak Asasi Parlimen mengenai penderaan ketika beliau ditahan.

Kamal memberitahu jawatankuasa dalam kenyataan yang dirakam dalam televisyen bahawa dia bersembunyi dalam masjid untuk mengelak tentera yang cuba meleraikan penunjuk perasaan.

Dia berkata, askar menyerbu masuk masjid dan mereka meluahkan kemarahan selain meraba, menyepak dan meludahnya serta beberapa tahanan wanita lain.

Katanya, tahanan lelaki juga dipukul dan diancam dengan serangan seksual. Seorang tentera memukul kepalanya dengan cotar menyebabkannya pengsan buat seketika, sementara yang lain cuba melucutkan tudung kepalanya.

Di sebuah penjara tentera, Kamal berkata anggota tentera meraikan ketibaan tahanan.

“Mereka menghina kami. Mereka buka tingkap van dan cuba sentuh tubuh kami. Kami diancam diperkosa dan mereka mengancam jika ada yang membuka mulut, mereka akan dibiarkan berada di luar bersama askar dan tiada siapa tahu apa yang terjadi,” katanya sambil mengalirkan air mata.

Seif al-Dawla berkata, kebanyakan wanita tidak bersedia untuk tampil ke khalayak kerana stigma sosial yang membabitkan isu sosial dalam masyarakat dan kerana mereka boleh dipanggil semula untuk siasatan lanjut LOi!!!!.

No comments:

Post a Comment

(sumber dari ternama yang hebat-hebat tak kira dari mana dan banyak memberikan informasi serta berita-berita hangat di seluruh dunia.. tak percaya,sila cuba lihatnya sendiri..benar atau tidak LOi!!!)