Translate

(filem siri terbaru yang mendapat sambutan yang banyak walaupun tidak dimainkan di panggung)

Monday

usahawan.com


Mengenai usahawan.com

Usahawan.com diuruskan sepenuhnya oleh syarikat 100% milik Bumiputera iaitu Evora Marketing (No Pendaftaran: NS0004305-P) yang ditubuhkan pada tahun 2005. Ia merupakan projek keusahawanan rakyat Malaysia yang  sesuai dengan standard dan citarasa pasaran tempatan.
“Mencipta Peluang Perniagaan Baru untuk Peniaga Kecil dan Sederhana” merupakan motto kami. Ini mendorong kami supaya sering berinovasi bagi mencipta peluang perniagaan baru disamping membantu mengembangkan perniagaan anda.
Usahawan.com menjurus ke arah menjadi penyedia peluang perniagaan yang serba-boleh dan berkesan di negara ini. Hasrat kami adalah untuk membantu peniaga kecil & sederhana, pesara, graduan, bakal usahawan untuk memiliki dan mengendalikan perniagaan yang berjaya dan berkembang maju.
Teras perniagaan kami adalah untuk membina hubungan baik dengan pelanggan dan untuk menjadi lebih peka terhadap citarasa pelanggan yang sentiasa berkembang. Kami bertindak mengikut gerak hati pelanggan, pembekal, rakan niaga dan pesaing dalam pasaran yang sentiasa berubah-ubah disamping sentiasa mencari penyelesaian kos yang lebih efektif dan berfikiran terbuka terhadap teknologi baru dalam membantu menyelaraskan operasi kami di seluruh negara.
Pakej perniagaan yang ditawarkan oleh Usahawan.com sesuai untuk diniagakan secara part-time atau full-time samada di rumah, kedai, kiosk, karnival, ekspo, pejabat, sekolah, kolej, universiti mahupun secara online bergantung pada jenis perniagaan yang dipilih.
Mengapa perlu memilih Usahawan.com sebagai rakan perniagaan anda?
Sebab 1: Bukan Sistem Francais
Tawaran pakej perniagaan kami adalah bukan francais. Oleh itu, jimatkan sebahagian besar dari wang anda daripada membayar yuran untuk francais, bayaran royalti bulanan dan lain-lain kos. Anda tidak akan terikat dengan pelbagai sekatan sistem francais dan mempunyai kebebasan untuk menggunakan kemahiran untuk memasarkan produk anda sendiri. 
Kami tidak mempunyai halangan untuk anda menggabungkan perniagaan yang lain dengan produk kami, bahkan menggalakkan anda untuk berbuat demikian untuk memaksimumkan keuntungan perniagaan anda.
Sebab 2: Harga yang Berpatutan
Pakej perniagaan yang ditawarkan dengan harga yang amat berpatutan dan boleh dimulakan serta-merta. Kami bukan orang tengah dan semua produk diperolehi secara langsung daripada kilang, pengeluar dan pengimport
Sebab 3: Latihan Percuma
Kami memberi demo / latihan secara PERCUMA berdasarkan permintaan yang akan diadakan di pejabat urusan kami di Senawang, Negeri Sembilan.
Sebab 4: Sokongan Selepas Jualan
Kami tidak membiarkan anda berlalu begitu sahaja selepas membuat pembelian. Selagi mana yang anda diperlukan, kami menawarkan khidmat bantuan teknikal dan khidmat nasihat secara berterusan.

No comments:

Post a Comment

(sumber dari ternama yang hebat-hebat tak kira dari mana dan banyak memberikan informasi serta berita-berita hangat di seluruh dunia.. tak percaya,sila cuba lihatnya sendiri..benar atau tidak LOi!!!)